Thursday, July 28, 2011

PRODUK BARU JURUS STRUM FORMULA

Syarikat Jurus Strum Formula melancarkan produk terbaru kami, berupa perfume atau minyak wangi yang diperbuat daripada pati berbagai bunga yang sangat harum. Perfume ini diformulasi tanpa alkohol yang membolehkan pemakainya bersolat dengan nyaman dan wangi.

Produk ini dilancarkan sempena sambutan bulan Ramadan dan Syawal bagi para pengguna yang menggemari perfume atau minyak wangi sejati. Anda pasti berpuas hati menggunakan perfume ini yang boleh tahan selama 8 (lapan) jam.

Kami sedang mencari Pengedar/Agen untuk memasarkan perfume ini dengan keuntungan yang sangat lumayan. Keterangan lanjut, sila hubungi:

RINA ZAKARIA
H/P: 019-3037107
Email: rinaliciousrecipe@yahoo.com
jurusstrumformula@yahoo.co.uk

Thursday, July 14, 2011

Harian Metro - 14 Julai 2011 (Khamis)

Di ruangan Bisnes, muka surat 39, Harian Metro menyiarkan artikel yang ditulis oleh wartawan Hafiz Ithnin adalah seperti berikut:

RAMUAN TRADISI ATASI KEGEMUKAN
- Jurus Strum Formula suntik RM70,000 buat kajian produk pelangsingan -

Jurus Strum Formula, pengeluar produk berasaskan kesihatan menyuntik lebih RM70,000 bagi menjalankan kajian dan penyelidikan untuk menghasilkan produk pelangsingan badan berasaskan ramuan tradisional selepas menyedari ramai rakyat di negara ini mengalami masalah kegemukan atau obesiti.

Pengasas bersama, Rina Zakaria berkata, beliau bersama suaminya, Dr Ilyas Harun menghasilkan rangkaian produk pelangsingan mampu milik terdiri daripada sabun, minyak aroma dan losyen menggunakan tumbuhan yang sesuai untuk badan manusia.

"Kami mengeluarkannya dalam bentuk set termasuk sabun yang boleh didapati pada harga
RM95 sekotak dan antara khasiat sabun ini ialah menghaluskan kulit, menanggalkan sel kulit mati, membersih dan mencerahkan kulit (menjadi anjal dan awet muda) kerana ia mengandungi gamat, madu, kolagen serta herba.

"Khasiat aroma pula membantu menyegarkan tubuh, nyaman dan menenangkan fikiran kerana mengandungi bunga seperti lavender, manakala losyen pula membantu mengurangkan kedutan, selulit dan lemak berlebihan di bahagian tertentu tubuh badan selain baik untuk wanita selepas bersalin," katanya.

Katanya, pihaknya turut mengeluarkan minyak wangi Jurus Strum Formula untuk lelaki dan perempuan yang dijual pada harga RM55 dengan isi kandungan 10 mililiter sebotol mengandungi pelbagai campuran bunga baik untuk keintiman suami isteri.

"Minyak wangi ini mengandungi ramuan intipati bunga tepu menjadikannya berbau harum dan mampu bertahan sehingga lapan jam serta tidak mengandungi alkohol," katanya sambil menambah pengedar berminat boleh melayari web: jurusstrumformula.blogspot.com


Sambutan produk Jurus Strum Formula

Alhamdulillah. Sambutan terhadap produk-produk Jurus Strum Formula sangat menggalakkan setakat ini. Ramai yang berebut-rebut untuk menjadi Pengedar, tetapi ianya masih terbuka lagi kepada sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan ini. Sambil berniaga dan mendapat pulangan yang lumayan, anda pun dapat menggunakan produk-produk Jurus Strum Formula ini untuk diri sendiri. Jika anda (lelaki dan wanita) berdisiplin menggunakannya dan dapat menjaga kuantiti makanan yang dimakan, InsyaAllah dalam masa 4-5 bulan, secara beransur-ansur, berat badan anda akan menurun. Anda akan menjadi sihat, awet muda, anggun, hebat dan menawan seperti anda berbalik ke zaman remaja lagaknya. Inilah warisan peninggalan nenek moyang kita di zaman dahulu kala yang saya suami isteri warisi. Secara langsung, warisan ini dapat pula dikongsi bersama anda semua. Lihatlah datuk dan nenek kita yang panjang usianya dan menikmati kehidupan ini di dalam keadaan sihat wal'afiat dan ceria. Kenapakah anda tidak mahu mengikuti jejak langkah mereka?

Memang betul di pasaran negara ini ada terdapat berbagai ubat, jamu dsb yang dijual bagi maksud menurunkan berat badan. Selain harganya yang tinggi, keberkesanannya menjadi tanda tanya. Melihat senario begini, saya dan isteri telah berusaha mengeluarkan produk-produk Jurus Strum Formula sebagai alternatif (pilihan) yang tidak membebankan para pengguna dan memberikan kesan yang sangat positif. Banyak bukti nyata terhadap keberkesanan produk-produk penjagaan diri dan kesihatan Jurus Strum Formula ini. Cuba dulu, baru tahu.

Tuesday, July 12, 2011

Menyelesaikan masalah kegemukan

Mengikut kajian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dua daripada lima orang penduduk Malaysia didapati obes (kegemukan melampau). Apa sebab berlaku demikian? Sebabnya mudah...makan berlebihan. Adalah menjadi lumrah di Malaysia ini di mana kedai/warung makan tumbuh macam cendawan di mana-mana, dan terdapat yang buka 24 jam. Semuanya dipenuhi pengunjung. Kita bukan menyalahkan kedai/warung makan dalam hal ini kerana mereka pun mencari rezeki yang halal. Kita juga tidak menyalahkan para pengunjung kerana mereka mahu makan dan minum sebab lapar dan dahaga. Yang salah adalah makan dan minum yang berlebihan yang menyebabkan badan menjadi gemuk.

Apabila badan sudah menjadi gemuk, ia adalah sukar untuk disusutkan waima dengan memakan pil kuruskan badan atau senaman dan sebagainya. Makan berlebihan (mentadarah) bukanlah amalan baik bagi kesihatan tubuh badan. Sebaliknya ia mendatangkan mudarat dengan serangan berbagai penyakit. Selain itu, tenaga dan stamina menjadi berkurangan yang berakhir dengan tidur seperti ular kekenyangan. Pergerakan juga menjadi lembah dan kaki menderita membawa bebanan yang berat. Kita sedia maklum bahawa di bawah tapak kaki (terutamanya di bahagian jari bawah) mempunyai "nerve points" bagi organ-organ dalaman tubuh badan. Jika bebanan berat itu dibawa oleh kaki, sudah tentulah "nerve point" atau "strum" itu terjejas. Bila perkara ini berlaku, organ-organ dalaman tubuh badan menanggung risiko yang menyebabkan berlaku serangan berbagai penyakit, termasuklah penyakit kronik.

Kebanyakan manusia sekarang berpandu kepada nafsu dan selera makan yang sangat sukar disekat. Mereka mempunyai alasan (berbagai pula) tersendiri yang mereka tidak tahu bahawa akhirnya diri sendirilah yang terseksa. Kita tahu bahawa makanan/minuman di zaman sekarang ini mengandungi berbagai bahan kimia di mana agak sukar bagi usus-usus untuk memproses bahan-bahan tersebut. Akhirnya, makanan + bahan kimia itu menjadi lemak yang membalut seluruh tubuh badan. Lihatlah Orang Asli yang tinggal di kawasan-kawasan pendalaman yang sihat dan segar kerana mereka pandai menjaga makan minum yang terdiri daripada bahan-bahan asli tanpa kimia. Tubuh badan mereka tidak gemuk dan obes.

Sebagai pewaris Jurus Strum Formula yang diwarisi temurun temurun dari nenek moyang, saya dan isteri ada mengeluarkan produk-produk penjagaan diri dan kesihatan supaya penggunanya mampu menjadi awet muda, hebat, sihat, anggun dan menawan. Ia adalah untuk kegunaan orang lelaki dan perempuan. Banyak bukti yang menunjukkan keberkesanan penggunaan produk-produk Jurus Strum Formula ini. Ramuannya adalah asli yang mengandungi herba-herba terpilih tanpa bahan kimia. Lihatlah tok nenek kita yang panjang umur dan sihat tubuh badan kerana mereka pandai menjaga kesihatan diri dan menggunakan herba-herba asli dari alam. Kenapa anda tidak mencuba?