Tuesday, July 12, 2011

Menyelesaikan masalah kegemukan

Mengikut kajian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dua daripada lima orang penduduk Malaysia didapati obes (kegemukan melampau). Apa sebab berlaku demikian? Sebabnya mudah...makan berlebihan. Adalah menjadi lumrah di Malaysia ini di mana kedai/warung makan tumbuh macam cendawan di mana-mana, dan terdapat yang buka 24 jam. Semuanya dipenuhi pengunjung. Kita bukan menyalahkan kedai/warung makan dalam hal ini kerana mereka pun mencari rezeki yang halal. Kita juga tidak menyalahkan para pengunjung kerana mereka mahu makan dan minum sebab lapar dan dahaga. Yang salah adalah makan dan minum yang berlebihan yang menyebabkan badan menjadi gemuk.

Apabila badan sudah menjadi gemuk, ia adalah sukar untuk disusutkan waima dengan memakan pil kuruskan badan atau senaman dan sebagainya. Makan berlebihan (mentadarah) bukanlah amalan baik bagi kesihatan tubuh badan. Sebaliknya ia mendatangkan mudarat dengan serangan berbagai penyakit. Selain itu, tenaga dan stamina menjadi berkurangan yang berakhir dengan tidur seperti ular kekenyangan. Pergerakan juga menjadi lembah dan kaki menderita membawa bebanan yang berat. Kita sedia maklum bahawa di bawah tapak kaki (terutamanya di bahagian jari bawah) mempunyai "nerve points" bagi organ-organ dalaman tubuh badan. Jika bebanan berat itu dibawa oleh kaki, sudah tentulah "nerve point" atau "strum" itu terjejas. Bila perkara ini berlaku, organ-organ dalaman tubuh badan menanggung risiko yang menyebabkan berlaku serangan berbagai penyakit, termasuklah penyakit kronik.

Kebanyakan manusia sekarang berpandu kepada nafsu dan selera makan yang sangat sukar disekat. Mereka mempunyai alasan (berbagai pula) tersendiri yang mereka tidak tahu bahawa akhirnya diri sendirilah yang terseksa. Kita tahu bahawa makanan/minuman di zaman sekarang ini mengandungi berbagai bahan kimia di mana agak sukar bagi usus-usus untuk memproses bahan-bahan tersebut. Akhirnya, makanan + bahan kimia itu menjadi lemak yang membalut seluruh tubuh badan. Lihatlah Orang Asli yang tinggal di kawasan-kawasan pendalaman yang sihat dan segar kerana mereka pandai menjaga makan minum yang terdiri daripada bahan-bahan asli tanpa kimia. Tubuh badan mereka tidak gemuk dan obes.

Sebagai pewaris Jurus Strum Formula yang diwarisi temurun temurun dari nenek moyang, saya dan isteri ada mengeluarkan produk-produk penjagaan diri dan kesihatan supaya penggunanya mampu menjadi awet muda, hebat, sihat, anggun dan menawan. Ia adalah untuk kegunaan orang lelaki dan perempuan. Banyak bukti yang menunjukkan keberkesanan penggunaan produk-produk Jurus Strum Formula ini. Ramuannya adalah asli yang mengandungi herba-herba terpilih tanpa bahan kimia. Lihatlah tok nenek kita yang panjang umur dan sihat tubuh badan kerana mereka pandai menjaga kesihatan diri dan menggunakan herba-herba asli dari alam. Kenapa anda tidak mencuba?

No comments:

Post a Comment