Thursday, September 27, 2012

KEJAYAAN RUMAH TERBUKA SANTAI AIDILFITRA

Rumah Terbuka Santai Aidilfitri yang berlangsung pada 01 September 2012 bermula daripada jam 8.00 malam itu sungguh berjaya dan di luar jangkaan. Kehadiran saudara mara, sahabat handai, agen-agen dan para pengguna Jurus Strum Formula sangat bermakna buat saya sekeluarga. Maklumlah acara/majlis ini diusahakan sendiri oleh saya bersama isteri, Zarina Zakaria. Namun begitu, adik beradik isteri saya, seperti Cikgu Akma Zakaria, Rinee Amelia Zakaria, Laily Hartina bersama bapa mertua saya, Zakaria Saad dan emak mertua saya, Ainon Nordin turut membantu sama dalam melayani para tetamu yang bermula lebih daripada 500 orang. Begitu juga suami Cikgu Akma, Sharudin dan suami Shu Zack, Ismail yang bertungkus lumus membantu Salamah Catering (diketuai oleh Heze Suzie) menyediakan makanan dan minuman.

Acara malam itu dimulai oleh bacaan doa oleh Paksu Hai yang diakhiri dengan Takbir Hari Raya yang membuatkan para hadirin terpaku mendengar dendangannya. Selepas itu, giliran para seniman menyampaikan sajak-sajak mereka yang diketuai oleh Yassinsalleh dan Noramin. Ramai seniman hadir di malam itu yang sukar untuk saya menyebut nama-nama mereka satu persatu. Turut menyerikan majlis ialah persembahan nyanyian oleh Pak Habib Sid Herman yang memukau para hadirin dengan dendangan lagu-lagu "ever-green" yang menjadi nostalgia zaman lalu. Selain itu, ramai bakat baru yang mendendangkan lagu-lagu popular dengan aksi yang memukau para hadirin.

Semasa berucap di pertengahan acara, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada para hadirin yang hadir, terutamanya saudara mara, sahabat handai, para agen dan pengguna Jurus Strum Formula yang ramai datang dari jauh. Ucapan terima kasih juga saya ucapkan para seniman yang mendeklamasikan sajak-sajak mereka dengan penuh penghayatan dan terdapat di antara mereka yang datang dari Johor, Melaka, Perak dan Pahang.

Acara berakhir pada jam 2.00 subuh. Namun begitu, Pak Habib Sid Herman dan saya terus berbual panjang sehingga ke 11.30 pagi. Sesungguhnya Jurus Strum Formula mempunyai "kesaktian." Itulah formula ajaib warisan nenek moyang kita, iaitu asal usul Orang Melayu/Malai/Malay.

No comments:

Post a Comment