Tuesday, June 11, 2013

SAKTIKU

Ku peluk ku dakap kau saktiku
Ku junjung ku kasih setiap waktu
Jangan dilerai saat bertemu
Kerana aku hanya tamumu
Hangat cintamu rasa di kalbu
Geloranya nyata pada diriku
Kau Sakti pujaan dendamnya aku
Kau wujud hanya untuk diriku
Bukan rupa bayang mataku
Tapi asyik di dalam rindu
Itulah aku pemegang rahsiamu
Jadilah kau punita haqnya aku

Dr Ilyas Harun, Ph.D.
Pengasas: Jurus Strum Formula
Pengasas: Akademia Malaiyana

No comments:

Post a Comment